floating button



Remaja Islam. Allahuakbar!


Assalamualaikum w.b.t

Cerita tentang remaja nii, ika sendiri pon tengah usia remaja lah.... REMAJA?? Iya... Remaja ... Ada lagu tau tentang remaja nii , especially untuk kita REMAJA ISLAM ... Ok ,ok dengar tau ... Cehhh,cehhh .... =) 

Jangan ikuti gaya hidup jahiliyah,
Merosak raga jiwa serta agama,
Merosak pribadi keluarga negara,
Ayuh luruskan dengan Islam,
Citra remaja Islam agung nan mulia,
Kuat akidah patuh terapkan syariah,
Bersama berdakwah merindukan khilafah,
Ayuh bangkitlah Remaja Islam........ nanana ..... nanana ...Remaja Islam (^.^)






Hai... ika nak kongsikan tentang remaja nii ... Tempoh bermula umur baligh seseorang remaja daripada 13 - 25 tahun ... Haa,umur 25 tahun nii , umur yang paling ideal untuk berkahwin ... Nak tau tak,Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w ,baginda berkahwin pada umur 25 tahun tau .... =) senyum je kan sebut tentang kahwin ... hihihi ,takpe-takpe ... fahammmm .... hihi

Sebagai remaja ,kita sendiri kena pandai jaga diri, akhlak kita mengikut 'Biah' nya...
Maksud 'Biah' tu ialah persekitaran ... Nak tau ,antara 4 serangan orang Yahudi ke atas remaja-remaja macam kita ialah melalui 4S :

4S = Song (nyanyian)
     = Sport (sukan)
     = Sex (seks)
     = Screen (Filem/television)

Remaja ... so, jangan bimbang,jangan gundah ...Kalau nak jauh daripada terlalai dengan dunia yang boleh memesongkan akidah kita ,kita kenalah jaga solat 5 waktu kita k.. sebab kalau kita tinggal ,seolah-olah kita macam nii :

Tinggal Subuh : 30 tahun dalam neraka
Tinggal Zohor : umpama membunuh 1000 orang Islam dalam masa yang sekejap
Tinggal Asar : umpama meruntuhkan Kaabah
Tinggal Maghrib : umpama berzina dengan bapa / ibu sendiri
Tinggal Isya' : Allah tak redho kita hidup di bumi nii,tak halalkan makan&minum ,tak halalkan rezeki kita ..







Selain itu, kita jugak tak perlu risau ... Islam itu Indahkan =) 
Kita boleh berzikir ... Alunankan zikir-zikir ... Nak tau tak ,sebenarnya ZIKRULLAH nii adalah sebagai ubat penenang hati kita.... 

('orang-orang lelaki/perempuan yang rajin Berzikir,ALLAH berjanji menyediakan keampunan&pahala yang besar)

....... Kita kan remaja ISLAM ... sO,mestilah kena Bangkit ....... Jom sama-sama jaga diri kita,jaga agama kita .... semoga diri ika sendiri jadi orang yang sentiasa ingat Allah .... (^.^) 

ok, assalamualaikum

Mati itu pasti ...


Assalamualaikum w.b.t

Lama ika tak tulis blog .. Lagi 4 hari nak masuk tahun 2013 dah .. Welcome 2013,semoga tahun itu membawa keberkatan kepada kita semua k .. Haa,beralih kepada tajuk yang ika nak tulis nii "Kita Tak Pernah Tahu Bila" ... Confuse ye,apa lah tentang tajuk nii kan?? Ok,ika nak share ilmu yang ika dapat masa join Kem Remaja Soleh Solehah Dunia&Akhirat baru-baru nii kat kampung ika...Ceritanya tentang Persediaan Menghadapi MATI .... 








Haa,dengar tentang MATI nii,mesti takot kan... Right?? Am I right?? Takot-takot kita tak sempat nak bertaubat sebelum mati... Ika sendiri takot sangat-sangat...
Ok jom kita kongsi sama-sama ilmu nii ye.. =)

MATI memang tak dapat di elakkan untuk kita kembali semula kepada Allah S.W.T .. Setiap yang bernyawa pasti akan mati ..

Kat sini ika nak kongsikan something.... Sebenarnya kita nii sebagai makhluk ada 5 alam... Alam yang pertama (Roh) , alam yang kedua (Rahim) , alam yang ketiga (Dunia) , alam yang keempat (Kubur) , alam yang kelima (Akhirat=hari pembalasan dari Allah S.W.T) .. 

Tanda-tanda sebelum seseorang menemui ajalnya :

(100 hari sebelum kematian = gugur daun yang tertulis nama kita)
(60 hari sebelum kematian = badan menggeletar selepas waktu Asar)
(1 hari sebelum kematian = telinga kelihatan jatuh,kaki kelihatan ke hadapan)

Kalau kita TAKUT kepada Allah,maka berubahlah sebelum terlambat.. Yang paling kita takot ,takot jadinya macam nii :

1)Kepala mayat berpaling dari kiblat = tandanya selalu berbuat dosa besar&syirik

2)Muka bertukar menjadi khinzir = tak pernah solat & tak solat,maknanya kadang-kadang meninggalkan solat

3)Mayat bertukar menjadi hitam legam = derhaka kepada ibu bapa

4)Kubur berair&busuk = makan riba

5) Mayat tersenyum = mati dalam keadaan SOLEH&SOLEHAH (inilah impian setiap insan yang bergelar UMAT ISLAM, in sha allah)

Kesimpulannya di sini ,jangan kita meninggalkan solat dan sentiasa upgrade ilmu kita ..

Ika nak share jugak, 3 perkara yang takkan terputus, walaupon seseorang itu meninggal dunia ialah :

1)Amal jariah iaitu sedekah
2)Ilmu yang bermanfaat iaitu sentiasa mencari ilmu duniawi&ukhrawi
3)Doa daripada anak-anak si mati yang soleh&solehah

(^.^) Alhamdulillah sampai sini dulu kita kongsi-kongsi ilmu ye... semoga bermanfaat untuk semua ... Ika sendiri tengah belajar,&hamba yang hina mengharapkan keampunan Allah s.w.t ...

Ok,assalamualaikum....

Jodoh adalah cinta yg sebenarnya

Assalamualaikum w.b.t

kali nii ika bukan nak berkongsi cerita tapi nak share something yang biasa terlintas dalam setiap fikiran kita sebagai seorang perempuan..... "siapalah jodoh aku,yang nanti Allah berikan ye??" haa,betol tak-betol tak??? (^.*)



tapi jangan risau lah.....selagi kita tetap di dunia nii,PERCAYALAH yang Allah.S.W.T lah yang menentukan segalanya...pertemuan jodoh,ajal,semua tu dah ditetapkan..
ika sendiri kadang2 terbuai,terlalai,kadang2 lupa, Allah lah sebenarnya yang paling berkuasa menentukan segalanya..... so,kawan2 ika yang girls tu jangan risau tau...try to chill out okay...jodoh kita tetap ada...jangan rasakan hati kosong,kerana-Nya tetap ada...




saat2 mengucapkan kata2 manis untuk si Dia yg sudah halal(husband) untuk kita semestinya satu perkara yg sangat sweet... hihihi,malu pulak ika cakap camni..tapi rasanya setiap insan yg bergelar wanita memang itu yg diimpikan... am i right??? that's absolutely right.... ( hihihi,jawab sendiri).urm,okay ika bagi contoh ayat eh :


1)My love for you dies,when the petal of these roses falls..

2)Only you as my love..money is not important to me,I just need your love..

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya,
Dan dekat dihatinya untuk diCINTAInya..


(^.*) sebagai manusia sememangnya kita nak bahagia kan?? jadi sekarang,doa lah yang menjadi persoalan dan jawapan akan diberikan oleh Allah..ok see you again..

assalamualaikum

Tip Kebahagiaan ADAM & HAWA

Assalamualaikum w.b.t

hai semua.... haa,hari nii ika nak share tip2 kebahagiaan untuk kaum ADAM & HAWA..... hihihi,geli hati pulak rasanye bila nak bagi tip untuk di share... tapi tak salahkan nak kongsikan something dengan membe2... jangan disalah ertikan ye... tip nii sebenarnya untuk mereka2 yg dah married... haa3..... (^.*)





jom kita bace sama2 ......

KEJUJURAN : Tetaplah bersikap jujur meskipun perkara itu sukar kerana kejujuran akan menepis segala kemusykilan yang ada pada pasangan anda..


TERTAWA : Ciptakan suasana humor yang romantis seperti membuat memek muka yang lucu pada pasangan anda supaya anda berdua boleh ketawa..


PERSAHABATAN  : Menjadi sahabat kepada pasangan, bermakna anda akan sentiasa berkongsi perasaan yang membuatkan anda lebih dekat dengan pasangan..


HORMAT SATU SAMA LAIN & KOMPROMI  : Walaupun wujud pandangan yang berbeza, belajar untuk menghormati setiap pandangan yang diberikan pasangan anda dan bersedia untuk berkompromi..


MEMAAFKAN  : Perlu ada sikap memaafkan dan jangan sesekali simpan dendam sehingga melampiaskan amarah pada pasangan anda..


BERSIKAP REALISTIK  : Jangan cuba mengubah pasangan anda.Bersikap terbuka dan terima pasangan anda seadanya..


LUPAKAN MASA LALU  : Berhenti mengungkit kisah lama lampau.Bersyukurlah dengan kehidupan anda waktu ini tetapi seandainya cerita masa lalu dapat meningkatkan kualiti cinta anda,maka ceritakanlah..


DOA  : Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan,kebahagiaan rumah tangga serta kesihatan pasangan anda.Tanamkan di hati bahawa sebagai insan,doalah merupakan penawar bagi segalanya..


*perkongsian dari novel ADAM & HAWA yang ika baca... (^.^) sweet cerita nii..


ok...nanti kita kongsi cerita or something else laa sama2 lagi tau.... ok,assalamualaikum.....


Teman hidup selamanya



Assalamualaikum semua....ika nak share citer pasangan suami & isteri nii....perhubungan yg ikhlas tanpa sorokkan satu pun rahsia.......so sweet.......tapi jadikanlah perintah Allah sebagai pegangan hidup bersama.......jom kita baca sama2 eh...





Renungan buat pencari syurga dunia..
Suatu hari seorang suami berbicara dengan isterinya yang cukup dicintai
Suami : Sayang, sebenarnya ada sesuatu yang abang pendamkan dari sayang selama ini. Nurani abang menyatakan bahawa abang tidak lagi mampu menanggungnya… Setelah melihat tindakan sayang terhadap abang selama ini. Abang mohon maaf sangat-sangat sekiranya apa yg abang katakan ini akan membuatkan sayang bersedih.
.
Isteri : (Dengan penuh terkejut). Abang, kenapa ini ? Jelaskanlah kepada sayang. Adakah selama ini sayang tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri abang dengan sebaik2nya ? Sayang mohon maaf sangat2 abang….
Suami : Tidak sayangku, sayang merupakan anugerah Allah yg cukup abang syukuri. Sayang menjadi penawar bagi setiap kedukaan abang, menjadi pendokong kuat atas setiap tindakan abang. Sayanglah contoh terbaik isteri idaman yg menjadi sayap kiri para mujahid agama.
.
Isteri : Abang, selama ini sayang cuba sedaya upaya untuk membahagiakan abang. Abanglah pemilik kasih sayang selepas Allah dan RasulNya. Sayang serahkan sepenuh raga sayang hanya buat abang, imam yang Allah lantik untuk membimbing sayang menempuhi rintangan duniawi ini. Sayang sentiasa berdoa agar Allah memberi peluang kepada kita untuk terus bersama di syurgaNya kelak.
.
Suami : Benar sayang, abang juga sentiasa memohon kepada Allah agar mengizinkan kita untuk terus bersama. Sayang, maafkan abang… Apa yang abang katakan ini mungkin telah lama berlalu, namun abang sentiasa dihambat rasa menyesal dan bersalah apabila mengenangkannya.
.
Isteri : Abang, ceritakan lah… Sayang rasa tiada yang abang rahsiakan kepada sayang selama pernikahan kita ini.
.
Suami : Sayang, abang bimbang cinta abang tidak standing dengan cinta sayang terhadap diri ini. Abang tahu bahawa sayang benar-benar memelihara diri sebelum pernikahan kita. Sayang pendamkan gelora cinta yang dirasakan demi menjaga kesucian cinta dan diri. Setelah Allah menyatukan kita bersama, sayang serahkan segalanya kepada abang. Abang cukup bahagia merasakan agungnya cinta sayang ini…

Namun begitu, abang cukup rasa bersalah dengan sayang. Cinta yang mampu abang persembahkan ini bukanlah cinta yang sesuci cinta sayang berikan. Ianya telah tercalit dengan dosa-dosa semalam. Abang cukup menyesal sayang… 
.
Isteri : Abang, janganlah begini… Sayang menerima diri abang seadanya (Sambil memeluk erat suaminya). Istikarah cinta yang menyatukan kita bersama. Sayang turutkan petunjuk Allah meskipun kita tidak pernah berkenalan sebelum ini. Meskipun sewaktu pertunangan kita, abang cukup memelihara batas-batas syariat antara kita. Kita tidak berpacaran sewenang-wenangnya. Walaupun abang memiliki nombor hp sayang, tiada sepatah kata sms cinta pun yang abang hantarkan kepada sayang kerana bimbang akan melalaikan. Kita hanya berbual berkenaan perkara yang perlu sahaja seperti urusan pernikahan kita. Apabila perlu bersua, abang sentiasa memastikan bahawa ayah atau abang sayang sentiasa bersama-sama. Di sinilah sayang memahami bahawa cinta abang terhadap sayang benar-benar terbina di atas kerangka Islam. Bermula dari itu, sayang berjanji untuk menjadi isteri yang solehah untuk abang, semampu yang sayang persembahkan.
.
Suami : Benar, segala yang abang lakukan selama ini hanyalah untuk meraih redha Ilahi. Malahan pertemuan kita dulu pun diatur sendiri oleh kedua ibubapa kita. Alhamdulillah, redha Allah bersama-sama keredhaan ibubapa.
Namun begitu, abang bimbang sayang tidak redha dengan tindakan abang sebelum pernikahan kita. Abang hanya mampu menyerahkan sebahagian cinta abang kepada sayang. Sebahagian yang lain telah abang serahkan kepada insan-insan yang tidak halal sebelum ini. Semuanya abang lakukan hanya menurut hawa nafsu dan keinginan untuk dilihat “normal” pada pandangan rakan-rakan. Dengan kejahilan dahululah, abang menyangka bahawa cinta yang abang serahkan itu mampu membawa kebahagiaan yang didamba-dambakan.
Izinkan abang berkongsi kisah ini sayang… Seandainya Allah mengambil dahulu nyawa abang, sampaikanlah ia kepada anak yang sedang sayang kandungi ini. Semoga menjadi panduan dia melihat erti percintaan sebenar. Inilah kisah percintaan abang sebelum Allah pertemukan kita berdua….

.
“Permulaan cinta pertama abang selepas berakhirnya SPM. Abang mengasihi gadis pertama kerana tertarik dengan godaan rakan-rakan yang asyik berpacaran. Ungkapan cinta dan rindu yang mereka luahkan sesama sendiri membangkitkan keinginan untuk abang turut sama bercinta. Cinta dalam erti kata sebelum pernikahan. Abang pada mulanya malu-malu kerana tidak pernah melakukannya, namun atas “dorongan” kawan-kawan abang meluahkan perasaan itu kepada seorang gadis yang sering dikaitkan dengan abang. Rupa-rupanya gadis itu turut sama memendam rasa yang sama terhadap abang.

Suatu perasaan yang cukup membahagiakan dirasai takkala mendengar pengakuan dirinya itu. Kami pun berpacaran melalui sms. Sms berbau “Islamic” sentiasa abang hantar dengan harapan agar percintaan ini benar-benar diredhai Allah. Hinggalah pada suatu hari, gadis itu meminta “clash” dengan abang atas alasan tidak bersedia. Abang terkontang-kanting apabila ditinggalkan. Menitislah air mata ini takkala merasakan diri tidak diperlakukan dengan sebaik-baiknya. Terasa sia-sia segala usaha abang menawan hatinya selama ini.

Masa berlalu dan muncul pula gadis kedua di dalam hidup ini. Gadis yang abang minati sewaktu mulai melangkah ke alam pengajian tinggi. Abang tertarik disebabkan oleh kecantikan yang Allah kurniakan kepada dirinya. Tambahan pula, gadis itu sentiasa mengenakan solekan dan pakaian yang menyerlahkan lagi kecantikan yang ada. Abang menggunakan taktik “sms” untuk meraih cintanya. Semakin dicuba semakin sukar. Lantas digunakan perantara dari kalangan kami. Sahabat abang itu menjadi “penasihat” yang tidak putus-putus memberikan pelbagai cadangan dan sokongan untuk menjayakan “misi” ini. Putus asa dengan pelbagai kegagalan yang dihadapi, abang akhirnya berhenti mengejar gadis itu.

 Tidak lama kemudian, muncul gadis ketiga yang mencuri cinta abang. Seorang yang boleh dikatakan setanding dengan gadis kedua tadi. Cuma bezanya dia menerima cinta abang itu. Kami berpacaran seperti mana yang diistilahkan muda mudi sekarang sebagai “Couple”.

Abang sentiasa cuba memberikan setulus cinta ini terhadapnya. Kami sentiasa keluar bersama-sama, namun tidak berdua-duaan. Bimbang juga terjerumus kepada penzinaan. Suatu perkara yang abang perhatikan ialah gadis ini sentiasa cuba meminta abang menghabiskan wang bagi memenuhi kehendaknya. Mahu dibelikan itu, mahu makan ini dan sebagainya. Pada masa yang sama abang mendengar ura-ura dia ingin beralih kepada pemuda lain. Disebabkan marah terhadap tindakan itu, abang “melempar” terus dirinya dari hidup ini.

Gadis keempat abang temui melalui perantaraan seorang rakan sekelas. Seorang pelajar lepasan sekolah agama yang abang harap dapat memenuhi kriteria isteri solehah yang diidam-idamkan. Abang kini merasakan diri lebih matang dan cuba menyintai dirinya dengan seikhlas-ikhlasnya. Kami bersama-sama selama 2 tahun dan ramai yang beranggapan bahawa gadis ini yang bakal menjadi isteri abang kelak. Abang cuba mendalami ilmu agama agar setanding dengan kesolehanya itu.
Kami sentiasa berbincang tentang hal-hal agama dan sentiasa nasihat-menasihat antara satu sama lain. Abang juga sentiasa melawatnya di kampusnya dan turut memperkenal dirinya di hadapan kedua ibubapa. Kami sentiasa berhubung melalui sms dan panggilan setiap hari untuk memadu kasih.

Dengan takdir Allah, abang merasakan sesuatu yang tidak kena menerusi cinta ini. Benar kami saling cinta-mencintai namun pada masa yang sama saling leka-melekai. Abang berasa begitu tidak selesa kerana bermuka-muka menjadi seorang yang penyayang. Ini kerana sayang abang terhadap dirinya itu sebenarnya jauh lebih mendalam berbanding kasihnya abang terhadap kedua ibubapa. Hatta kepada kedua ibubapa pun abang tidak bertindak demikian yakni untuk sentiasa berhubung sepanjang masa. Pasti ada yang tidak kena dengan cinta ini…

 Allah akhirnya membuka hijab sehingga abang dapat melihat kebatilan pada percintaan ini. Meskipun abang cuba untuk mencintainya sepenuhnya kerana agama, tarikan syahwat ternyata kadang kala memesongkan niat itu. Abang merasa begitu seronok untuk mendengar suaranya yang mendayu-dayu sewaktu kami berhubung. Begitu juga sewaktu bergurau senda. Meskipun abang tidak pernah bersentuhan, naluri untuk melakukan sesuatu yang ditegah agama cukup membuak-buak. 

Pada ketika itu Allah mencampakkan rasa malu ke dalam diri abang. Malu dengan percakapan yang kadang-kadang menimbulkan syahwat, malu menatap wajahnya sewaktu bertemu. Bukankah malu itu benteng keimanan?
Kerana malu itulah juga abang memutuskan untuk berpisah. Berpisah dengan dirinya kerana agama. Rupa-rupanya keluarga abang tidak begitu merestui hubungan ini. Ternyatalah ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini.

Setahun selepas itu, keinginan untuk mencintai dan dicintai timbul semula. Gadis kelima merupakan seorang gadis yang abang cintai disebabkan oleh kemuliaan hatinya yang suka membantu. Dia juga seorang yang periang dan penyayang sepanjang pemerhatian abang. Abang cuba untuk melakukan sesuatu yang lebih baik kali ini. Cuba mengelakkan bahana syahwat yang telah memusnahkan cinta terhadap gadis-gadis sebelum ini. Sementara belum mendapat langkah yang terbaik, abang memendam perasaan itu. Agak kuat juga bahananya sehingga tidak lalu makan minum. Lantas perubahan fizikal abang itu disedari oleh rakan-rakan. Rupanya cukup siksa memendam rasa cinta ini sekiranya benar-benar ingin memelihara fitrahnya.

Abang mendalami kerangka percintaan di dalam Islam seperti mana yang terdapat di dalam filem Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan Dalam Mihrab Cinta. Penggunaan orang tengah ternyata berhasil menyatukan dua insan bagi membina sebuah keluarga bahagia. Abang melakukan solat istikarah beberapa kali. Meskipun tidak mendapat petunjuk yang jelas, abang turuti juga kehendak hati ini. Ibarat menunggu buah yang gugur, abang menunggu untuk menyambut dirinya (yang berkemungkinan besar akan berpisah dengan kekasih lamanya atas permintaan keluarga).

Abang memulakan langkah pertama dengan mengutuskan sepucuk surat menceritakan hasrat hati itu melalui seorang pensyarah yang berperanan sebagai orang tengah. Tiada balasan rasmi daripadanya takkala abang mengutus lagi surat kedua dan ketiga. Kami cuba berkelakuan biasa sewaktu berselisihan di jalanan.

Abang kini tidak lagi meminta pendapat rakan-rakan kerana meyakini bahawa mereka juga seperti abang, masih mentah di dalam urusan seperti ini. Jadi abang sentiasa berhubung dengan pensyarah tersebut berhubung perkara ini. Gadis itu akhirnya memberi respon penghargaan namun masih belum bersedia menerima. Sms juga sentiasa abang kirimkan hanya untuk berkongsi ilmu-ilmu yang ada.

Sayang, percayalah bahawa cinta sebelum pernikahan itu buta lagi membutakan. Setidak-tidaknya ianya rabun yang mana mengakibatkan abang terlepas pandang sesuatu yang penting yakni penghormatan diri. Sms-sms dan gerak geri abang meskipun tidak mengandungi sebarang unsur-unsur nafsu sebenarnya menembunyikan suatu fitnah yang besar.
Abang tidak lagi dihormati kerana ramai yang beranggapan bahawa abang cuba menghancurkan percintaan sepasang kekasih. Abang juga sentiasa berkelakuan seperti orang bodoh hanya semata-mata ingin menuruti cinta dan rindu itu. Banyak tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pemimpin tidak mampu dilaksanakan dengan baik seperti dulu.

Allah kemudiannya membuka kembali hijab yg menyelimuti percintaan yg abang lalui. Suatu hari abang memberanikan diri untuk bersemuka dan meminta penjelasan sebenar. Gadis itu dengan begitu marah menceritakan perkara sebenar. Dia begitu rimas dengan setiap gerak geri abang terhadapnya. Lebih teruk dari itu, dia sebenarnya trauma melihat abang.

 Hati abang merasa begitu terguris. Hancur sehancur-hancurnya. Bersama-sama seorang abang angkat, abang cuba menilai semula apa yang berlaku.
Hasilnya abang melihat percintaan sebelum pernikahan mengandungi perkara-perkara ini;

1)      Unsur-unsur syahwat yang sukar dilindungi meskipun dilitupi dengan unsur-unsur berbau Islam.
2)      Menghabiskan banyak masa dan tenaga mengejar “cinta” yang didambakan. Mudah bersikap seperti orang yg dungu.
3)      Menghabiskan banyak wang semata-mata untuk memuaskan perasaan diri & pasangannya itu.
4)      Seseorang menjadi bermuka-muka sekiranya mencintai kekasihnya melebihi cintanya kepada kedua ibubapanya. Cinta halal lagi berpahala tidak dikejar, cinta haram membawa dosa dituruti semahu-mahunya.
5)      Tiada nas Al-Quran & Hadis yang membenarkan percintaan ini. Yang ada hanyalah percintaan selepas pernikahan.
6)      “Cinta yang sukar…” seperti mana kata-kata Ustaz Hasrizal. Sukarnya mengemudi cinta ini dari terjerumus ke lembah zina. (Zina Mata, Zina Hati & Zina Tangan)
7)      Kurang keberkatan Allah. Boleh juga dikatakan tiada keberkatan. Buktinya lihatlah perbezaan percintaan datuk nenek kita yang bahagia dengan jodoh pilihan keluarga berbanding percintaan artis yang sering bercerai-berai.
(*Tidak bersifat mutlak kerana semuanya ditangan Allah.*)
8)      Wajib bertaubat sekiranya pernah keluar berdua-duaan. Haram hukumnya di sisi Islam.
9)      Jika tidak mampu bertahan 2,3 tahun bagi menunggu cinta yang halal menerusi pernikahan, cuba bayangkan bagaimana dengan 20, 30 tahun selepas itu ?
10)   Pastikah kita menyerahkan cinta benar-benar pada yang berhak ? Pastikah dia jodoh kita yang tertulis di Luh Mahfuz?
11)  Couple bukan satu pilihan untuk berkahwin. Hatta Rasulullah dipinang menggunakan orang tengah. Keluarga dan org yang alim merupakan pilihan org tengah yang paling sesuai.
Sayang, maafkan lah dosa abang selama ini. Cinta ini bukanlah cinta yang asli namun percayalah abang benar-benar telah menginsafi kejahilan dahulu. Abang telah meluahkan suatu bebanan yang benar-benar mencengkam diri ini selama ini. Abang harap sayang redha dan tetap menerima abang seadanya selepas ini. Cinta ini tidak akan diduakan dengan sesiapa pun lagi. Sayanglah pemilik cinta abang selepas Allah, Rasul dan kedua ibubapa abang.”
..

Isteri : Abang, Allah telah menetapkan jodoh kita bersama. Perkara yang lepas itu biarlah berlalu. Abang pun kini telah berubah. Semoga zuriat yang bakal lahir ini dapat menteladani kisah abang ini sebagai satu panduan mengharungi kehidupan ini. InsyaALLAH. Pegangan hidup yg sayang pegang selama ini ialah “mulia manusia kerana Islam, hina manusia tinggal Islam…”



 “ Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.” 

(Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul)
Jika Zulaikha mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati, dimana akhirnya berubah dari seorang penggoda kepada HambaNya. Mengapa “Yusuf” di zaman kini tidak mampu menunggu kehadiran “Zulaikha” yang setia memelihara diri ke dalam hidupnya ?
.RUJUKAN
1.    Kompas Cinta, A. Ubaidillah Alias
2.    Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, Fatimah Syarha Mohd Noordin
3.    Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil
4.    Ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus di Youtube
.

>> Ya Allah, aku mendambakan seorang muslim  yang soleh yang sah. Namun solehahkah aku untuk itu ? Bimbinglah hambamu yang lemah ini Ya Allah <<



Buatku sahabat adalah sebahagian hatiku


Assalamualaikum teman.....haa hari nii ika nak bagitau kawan tu pada ika is everything tau.....bukan ape,ada tak seseorang yang hidup dalam dunia ni takde kawan??takde kan..haa tu tandenya kawan tu berharga......ika sangat hargai & sayang pada kawan..harap kalau ade salah dan silap dimaafkan tau...dari kecik sampai sekarang,kawan2 ika semuanya the best.....








Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.

Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.
Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.

Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. Doakanlah dia selalu.

Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.

Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.

Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

MAAFKANLAH….
Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.
Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.

Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?
Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.
Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.

Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.

Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.
Maafkanlah… maafkanlah dia..
Lafaskanlah dengan lidah  bahawa kita  memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.
Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas

Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendam
Aku  ingin kita  tetap bersahabat selamanya…


Buat pilihan terbaik untuk selamanya


Assalamualaikum kawan2........haa,cakap tentang buat pilihan nii tak senang duduk kan??kadang2 sakit perut memikir,hik3...haaa,tak payah susah hati tau,Allah dah pilih pun siapa yg terbaik untuk kita....so,jangan terburu-buru ehh.......jom sama2 kita baca...ika pon takut,tapi percayalah semuanya Allah dah aturkan... (^.^)









Dalam berkawan takde istilah memilih. Kamu sayang aku apa, aku sayang kamu apa. Tidak ada istilah itu. Kawan adalah kawan yang berhak atas kebaikan kita. Beri yang terbaik, maka kita akan dapat yang terbaik daripadanya. Apa lagi untuk urusan jatuh cinta. Bijak dalam memilih orang yang harus kita cintai bukan bererti perlu banyak untuk memilih atau mempertimbangkan aspek harta benda, miskin kaya, pangkat atau melarat dan lain sebagainya,

Bukan seperti itu yang dimaksudkan. Yang dimaksudkan adalah kita perlu bijak memilih dalam membezakan apakah cinta yang kita semai dalam kategori halal atau haram?
Hidup adalah pilihan. Maka pandai – pandailah memilih. Memilih cinta untuk ditekuni, memilih hati untuk direngkuh dan memilih kebersamaan yang melahirkan kesempatan berbagai. Bila memang cinta itu dilarang bagi kita, maka lebih baik tinggalkan dan pilih yang benar. Meskipun ia pernah ada, tetapi ia tidak selalu harus bersama kita.

Sekarang memang bukan zaman Siti Nurbaya. Sekarang zaman muslimah moden yang faham bagaimana menjadi seseorang yang bijak dalam menyingkap segala irama hidup. Jangan mudah dibuai oleh rayuan maut lelaki yang suka menipu. Bijaklah dalam mengelolakan cinta, letakkan cinta pada tempatnya.

Mencintai lelaki sehebat apa pun dia, mencintai perempuan secantik apa pun dia, harus tetap terkawal. Jangan sampai menggelapkan mata hati. Harus bijak, matang dan dewasa. Ketika dilimpahi hadiah, maka jangan berfikir itu sebagai sebuah barang percuma kerana tiada yang percuma di dunia ini, dan kepentingan peribadi yang diselitkan di celah kad dan hadiah yang kita terima.

kalau kita tidak sensitif dan menganggap itu sebagai sesuatu yang biasa, maka berhati-hatilah kerana boleh jadi itu adalah tanda awal masuknya hati ke dalam perangkap.
.
Memilih untuk Menerima
Terimalah orang yang memang sudah dipilihkan Allah untuk kita, Terima apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.
Nikmatilah setiap proses mengenal peribadi, mengukuhkan setiap persamaan dan mencari titik temu dalam setiap perbezaan. Manusia bukan batu keras dan susah berubah. Manusia boleh berubah sesuai dengan proses yang membentuknya untuk berubah.Berilah kesempatan bagi orang yang kita terima untuk menyesuaikan diri. Jangan cepat bosan atau cepat menilai bahawa proses itu gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa proses ini memerlukan kesabaran.

.
Memilih Untuk Menolak 
Kuasa memilih memang ditangan pihak lelaki. Tetapi kuasa menolak adalah berada ditangan perempuan, Maka tolaklah dengan sopan, tidak kasar, dan lembut. Berilah alasan yang tidak mengusutkan tetapi mudah diterima oleh akal sihat. Sikap tegas adalah berbeza dengan dengan sikap kasar. Tegas tidak harus kasar.
Jika tidak, kita akan dianggap main-main dan tentunya lebih parah. Tetapi apabila kita menolak dengan tegas, si dia akan segera sedar bahawa dia tidak perlu lagi untuk terhegeh – hegeh.
.
Nota Rujukan:
- Kerana Cinta Harus Memilih ( Ust. Burhan Sodiq )

Takpe terpaksa lepaskan kebahagiaan sekarang,sebab yang Allah hadiahkan lagi SWEET tau......moga2 kita dapat yg terbaik.amin......


Dari kekasih beralih menjadi sahabat


Assalamualaikum semua.......semoga hari nii lebih baik dari semalam ok......chill ok...haa,nak kongsi citer nii..tapi sebelum tu ika tau yang pahit memang payah nak telan,tapi3,kalau ditelan sekarang,mesti hujung2 tu nanti manis tau..antara cepat dengan lambat je..jadi......SABAR tau...ika pun nak sabar.. (^.^)








Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?
Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.

Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.

Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.

Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.

Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?

Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.

Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.

Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan. 

Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.

Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. 
Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah
.
Rujukan :
buku: kerana cinta harus memilih (ust burhan sodiq)

Semoga Allah merahmati usaha2 kita untuk berubah bagi tetap kuat dijalanNya..amin..