Assalamualaikum semua.......semoga hari nii lebih baik dari semalam ok......chill ok...haa,nak kongsi citer nii..tapi sebelum tu ika tau yang pahit memang payah nak telan,tapi3,kalau ditelan sekarang,mesti hujung2 tu nanti manis tau..antara cepat dengan lambat je..jadi......SABAR tau...ika pun nak sabar.. (^.^)
Bolehkah merubah
perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?
Boleh. Cuba ubah
hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Ketika pilihan ini
menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke
konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang
sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati
juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka.
Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan
sewaktu kita terjatuh.
Sedangkan kekasih,
sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena
musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak
contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti
dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa
simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep sahabat lebih
menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari
sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu
langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana
kita sahabat.
Mereka akan menegur jika
ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan
menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap
bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?
Sebahagian besar orang
yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka
memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi
apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus
mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka
cenderung memilih orang lain.
Sahabat jarang membuat
kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih
banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu
buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas.
Selalu ingin menguasai dan dikuasai.
Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api
cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita
berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.
Sahabat adalah hubungan
selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan
menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara
yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun
usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan
lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa
bosan.
Hubungan persahabatan
dibina atas perasaan
saling menghargai dan bukan dirancang
suatu saat akan
terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang
bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari
kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.
Ada masa putus, ada masa
berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu
kering dan tidak enak lagi didengar.
Berpisah
kerana Allah dan bertemu kerana Allah
.
Rujukan :
buku: kerana cinta harus
memilih (ust burhan sodiq)
Semoga Allah merahmati usaha2 kita untuk berubah bagi tetap kuat dijalanNya..amin..
No comments:
Post a Comment