Assalamualaikum semua....ika nak share citer pasangan suami & isteri nii....perhubungan yg ikhlas tanpa sorokkan satu pun rahsia.......so sweet.......tapi jadikanlah perintah Allah sebagai pegangan hidup bersama.......jom kita baca sama2 eh...
Renungan buat pencari
syurga dunia..
Suatu
hari seorang suami berbicara dengan isterinya yang cukup dicintai
Suami : Sayang, sebenarnya ada sesuatu yang abang pendamkan
dari sayang selama ini. Nurani abang menyatakan bahawa abang
tidak lagi mampu menanggungnya… Setelah melihat tindakan sayang terhadap abang selama ini. Abang mohon maaf
sangat-sangat sekiranya apa yg abang katakan ini akan membuatkan sayang
bersedih.
.
Isteri
: (Dengan penuh terkejut). Abang, kenapa ini ? Jelaskanlah kepada sayang.
Adakah selama ini sayang tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
isteri abang dengan sebaik2nya ? Sayang mohon maaf sangat2 abang….
Suami : Tidak sayangku, sayang merupakan anugerah Allah yg cukup abang syukuri. Sayang menjadi penawar bagi setiap kedukaan abang,
menjadi pendokong kuat atas setiap tindakan abang. Sayanglah
contoh terbaik isteri idaman yg menjadi sayap kiri para mujahid agama.
.
Isteri
: Abang, selama ini sayang cuba sedaya upaya untuk membahagiakan abang.
Abanglah pemilik kasih sayang selepas Allah dan RasulNya. Sayang serahkan
sepenuh raga sayang hanya buat abang, imam yang Allah lantik untuk membimbing
sayang menempuhi rintangan duniawi ini. Sayang sentiasa berdoa agar Allah
memberi peluang kepada kita untuk terus bersama di syurgaNya kelak.
.
Suami : Benar sayang, abang juga sentiasa memohon kepada Allah agar
mengizinkan kita untuk terus bersama. Sayang, maafkan abang… Apa yang abang katakan ini
mungkin telah lama berlalu, namun abang sentiasa dihambat rasa menyesal dan
bersalah apabila mengenangkannya.
.
Isteri : Abang,
ceritakan lah… Sayang rasa tiada yang abang rahsiakan kepada sayang selama pernikahan
kita ini.
.
Suami : Sayang, abang bimbang cinta abang tidak standing
dengan cinta sayang terhadap diri ini. Abang tahu bahawa sayang benar-benar memelihara diri sebelum pernikahan
kita. Sayang pendamkan gelora cinta yang
dirasakan demi menjaga kesucian cinta dan diri. Setelah Allah
menyatukan kita bersama, sayang serahkan segalanya kepada abang. Abang cukup bahagia merasakan
agungnya cinta sayang ini…
Namun begitu, abang
cukup rasa bersalah dengan sayang. Cinta yang mampu abang persembahkan ini bukanlah cinta yang
sesuci cinta sayang berikan. Ianya telah tercalit dengan dosa-dosa semalam. Abang
cukup menyesal sayang…
.
Isteri
: Abang, janganlah begini… Sayang menerima diri abang seadanya (Sambil memeluk
erat suaminya). Istikarah cinta yang menyatukan kita bersama. Sayang turutkan
petunjuk Allah meskipun kita tidak pernah berkenalan sebelum ini. Meskipun
sewaktu pertunangan kita, abang cukup memelihara batas-batas syariat antara
kita. Kita tidak berpacaran sewenang-wenangnya. Walaupun abang memiliki nombor
hp sayang, tiada sepatah kata sms cinta pun yang abang hantarkan kepada sayang
kerana bimbang akan melalaikan. Kita hanya berbual berkenaan
perkara yang perlu sahaja seperti urusan pernikahan kita. Apabila
perlu bersua, abang sentiasa memastikan bahawa ayah atau abang sayang sentiasa
bersama-sama. Di sinilah sayang memahami bahawa cinta abang terhadap sayang
benar-benar terbina di atas kerangka Islam. Bermula dari itu, sayang berjanji
untuk menjadi isteri yang solehah untuk abang, semampu yang sayang
persembahkan.
.
Suami : Benar, segala
yang abang lakukan selama ini hanyalah untuk meraih redha Ilahi. Malahan
pertemuan kita dulu pun diatur sendiri oleh kedua ibubapa kita. Alhamdulillah,
redha Allah bersama-sama keredhaan ibubapa.
Namun begitu, abang
bimbang sayang tidak redha dengan tindakan abang sebelum pernikahan kita. Abang
hanya mampu menyerahkan sebahagian cinta abang kepada sayang. Sebahagian yang
lain telah abang serahkan kepada insan-insan yang tidak halal sebelum ini.
Semuanya abang lakukan hanya menurut hawa nafsu dan keinginan untuk dilihat
“normal” pada pandangan rakan-rakan. Dengan kejahilan dahululah, abang
menyangka bahawa cinta yang abang serahkan itu
mampu membawa kebahagiaan yang didamba-dambakan.
Izinkan abang berkongsi
kisah ini sayang… Seandainya Allah mengambil dahulu nyawa abang, sampaikanlah ia
kepada anak yang sedang sayang kandungi ini. Semoga
menjadi panduan dia melihat erti percintaan sebenar. Inilah kisah percintaan
abang sebelum Allah pertemukan kita berdua….
.
“Permulaan cinta pertama
abang selepas berakhirnya SPM. Abang mengasihi gadis pertama kerana tertarik
dengan godaan rakan-rakan yang asyik berpacaran. Ungkapan cinta dan rindu yang
mereka luahkan sesama sendiri membangkitkan keinginan untuk abang turut sama
bercinta. Cinta
dalam erti kata sebelum pernikahan. Abang pada mulanya malu-malu
kerana tidak pernah melakukannya, namun atas “dorongan” kawan-kawan abang
meluahkan perasaan itu kepada seorang gadis yang sering dikaitkan dengan abang.
Rupa-rupanya gadis itu turut sama memendam rasa yang sama terhadap abang.
Suatu perasaan yang
cukup membahagiakan dirasai takkala mendengar pengakuan dirinya itu. Kami pun
berpacaran melalui sms. Sms berbau “Islamic” sentiasa abang hantar dengan
harapan agar percintaan ini benar-benar diredhai Allah. Hinggalah pada suatu
hari, gadis itu meminta “clash” dengan abang atas alasan tidak bersedia. Abang
terkontang-kanting apabila ditinggalkan. Menitislah air mata ini takkala
merasakan diri tidak diperlakukan dengan sebaik-baiknya. Terasa sia-sia segala
usaha abang menawan hatinya selama ini.
Masa berlalu dan muncul
pula gadis kedua di dalam hidup ini. Gadis yang abang minati sewaktu mulai
melangkah ke alam pengajian tinggi. Abang tertarik disebabkan oleh kecantikan
yang Allah kurniakan kepada dirinya. Tambahan pula, gadis itu sentiasa
mengenakan solekan dan pakaian yang menyerlahkan lagi kecantikan yang ada.
Abang menggunakan taktik “sms” untuk meraih cintanya. Semakin dicuba semakin
sukar. Lantas digunakan perantara dari kalangan kami. Sahabat abang itu menjadi
“penasihat” yang tidak putus-putus memberikan pelbagai cadangan dan sokongan
untuk menjayakan “misi” ini. Putus asa dengan pelbagai kegagalan yang dihadapi,
abang akhirnya berhenti mengejar gadis itu.
Tidak lama
kemudian, muncul gadis ketiga yang mencuri cinta abang. Seorang yang boleh
dikatakan setanding dengan gadis kedua tadi. Cuma bezanya dia menerima cinta
abang itu. Kami berpacaran seperti mana yang diistilahkan muda mudi sekarang
sebagai “Couple”.
Abang sentiasa cuba
memberikan setulus cinta ini terhadapnya. Kami sentiasa keluar bersama-sama,
namun tidak berdua-duaan. Bimbang juga terjerumus kepada penzinaan. Suatu
perkara yang abang perhatikan ialah gadis ini sentiasa cuba meminta abang
menghabiskan wang bagi memenuhi kehendaknya. Mahu dibelikan itu, mahu makan ini
dan sebagainya. Pada masa yang sama abang mendengar ura-ura dia ingin beralih
kepada pemuda lain. Disebabkan marah terhadap tindakan itu, abang “melempar”
terus dirinya dari hidup ini.
Gadis keempat abang
temui melalui perantaraan seorang rakan sekelas. Seorang pelajar lepasan
sekolah agama yang abang harap dapat memenuhi kriteria isteri solehah yang
diidam-idamkan. Abang kini merasakan diri lebih matang dan cuba menyintai
dirinya dengan seikhlas-ikhlasnya. Kami bersama-sama selama 2 tahun dan ramai
yang beranggapan bahawa gadis ini
yang bakal menjadi isteri abang kelak. Abang cuba mendalami ilmu agama agar
setanding dengan kesolehanya itu.
Kami sentiasa berbincang
tentang hal-hal agama dan sentiasa nasihat-menasihat antara satu sama lain.
Abang juga sentiasa melawatnya di kampusnya dan turut memperkenal dirinya di
hadapan kedua ibubapa. Kami sentiasa berhubung melalui sms dan panggilan setiap
hari untuk memadu kasih.
Dengan takdir Allah,
abang merasakan sesuatu yang tidak kena menerusi cinta ini. Benar kami saling
cinta-mencintai namun pada masa yang sama saling leka-melekai. Abang berasa
begitu tidak selesa kerana bermuka-muka menjadi seorang yang penyayang. Ini
kerana sayang abang terhadap dirinya itu sebenarnya jauh lebih mendalam
berbanding kasihnya abang terhadap kedua ibubapa. Hatta kepada kedua ibubapa
pun abang tidak bertindak demikian yakni untuk sentiasa berhubung sepanjang
masa. Pasti ada yang tidak kena dengan cinta ini…
Allah akhirnya
membuka hijab sehingga abang dapat melihat kebatilan pada percintaan ini.
Meskipun abang cuba untuk mencintainya sepenuhnya kerana agama, tarikan syahwat
ternyata kadang kala memesongkan niat itu. Abang merasa begitu seronok untuk mendengar
suaranya yang mendayu-dayu sewaktu kami berhubung. Begitu juga sewaktu bergurau
senda. Meskipun abang tidak pernah bersentuhan, naluri untuk melakukan sesuatu
yang ditegah agama cukup membuak-buak.
Pada ketika itu Allah
mencampakkan rasa malu ke dalam diri abang. Malu dengan percakapan yang
kadang-kadang menimbulkan syahwat, malu menatap wajahnya sewaktu bertemu.
Bukankah malu itu benteng keimanan?
Kerana malu itulah juga
abang memutuskan untuk berpisah. Berpisah dengan dirinya kerana agama. Rupa-rupanya
keluarga abang tidak begitu merestui hubungan ini. Ternyatalah
ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini.
Setahun selepas itu, keinginan
untuk mencintai dan dicintai timbul semula. Gadis kelima merupakan seorang
gadis yang abang cintai disebabkan oleh kemuliaan hatinya yang suka membantu.
Dia juga seorang yang periang dan penyayang sepanjang pemerhatian abang. Abang
cuba untuk melakukan sesuatu yang lebih baik kali ini. Cuba mengelakkan bahana
syahwat yang telah memusnahkan cinta terhadap gadis-gadis sebelum ini.
Sementara belum mendapat langkah yang terbaik, abang memendam perasaan itu.
Agak kuat juga bahananya sehingga tidak lalu makan minum. Lantas perubahan
fizikal abang itu disedari oleh rakan-rakan. Rupanya cukup siksa memendam rasa
cinta ini sekiranya benar-benar ingin memelihara fitrahnya.
Abang mendalami kerangka
percintaan di dalam Islam seperti mana yang terdapat di dalam filem Ayat-ayat
Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan Dalam Mihrab Cinta. Penggunaan orang tengah
ternyata berhasil menyatukan dua insan bagi membina sebuah keluarga bahagia.
Abang melakukan solat istikarah beberapa kali. Meskipun tidak mendapat petunjuk
yang jelas, abang turuti juga kehendak hati ini. Ibarat menunggu buah yang
gugur, abang menunggu untuk menyambut dirinya (yang berkemungkinan besar akan
berpisah dengan kekasih lamanya atas permintaan keluarga).
Abang memulakan langkah
pertama dengan mengutuskan sepucuk surat menceritakan hasrat hati itu melalui
seorang pensyarah yang berperanan sebagai orang tengah. Tiada balasan rasmi
daripadanya takkala abang mengutus lagi surat kedua dan ketiga. Kami cuba berkelakuan
biasa sewaktu berselisihan di jalanan.
Abang kini tidak lagi
meminta pendapat rakan-rakan kerana meyakini bahawa mereka juga seperti abang,
masih mentah di dalam urusan seperti ini. Jadi abang sentiasa berhubung dengan
pensyarah tersebut berhubung perkara ini. Gadis itu akhirnya memberi respon
penghargaan namun masih belum bersedia menerima. Sms juga sentiasa abang
kirimkan hanya untuk berkongsi ilmu-ilmu yang ada.
Sayang, percayalah
bahawa cinta sebelum pernikahan itu buta lagi membutakan. Setidak-tidaknya
ianya rabun yang mana mengakibatkan abang terlepas pandang sesuatu yang penting
yakni penghormatan diri. Sms-sms dan gerak geri abang meskipun tidak
mengandungi sebarang unsur-unsur nafsu sebenarnya menembunyikan suatu fitnah
yang besar.
Abang tidak lagi
dihormati kerana ramai yang beranggapan bahawa abang cuba menghancurkan
percintaan sepasang kekasih. Abang juga sentiasa berkelakuan
seperti orang bodoh hanya semata-mata ingin menuruti cinta dan rindu itu.
Banyak tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pemimpin tidak mampu
dilaksanakan dengan baik seperti dulu.
Allah kemudiannya
membuka kembali hijab yg menyelimuti percintaan yg abang lalui. Suatu hari
abang memberanikan diri untuk bersemuka dan meminta penjelasan sebenar. Gadis
itu dengan begitu marah menceritakan perkara sebenar. Dia begitu rimas dengan setiap
gerak geri abang terhadapnya. Lebih teruk dari itu, dia sebenarnya trauma
melihat abang.
Hati abang merasa
begitu terguris. Hancur sehancur-hancurnya. Bersama-sama seorang abang angkat,
abang cuba menilai semula apa yang berlaku.
Hasilnya abang melihat
percintaan sebelum pernikahan mengandungi perkara-perkara ini;
1)
Unsur-unsur syahwat yang sukar dilindungi meskipun dilitupi dengan unsur-unsur
berbau Islam.
2)
Menghabiskan banyak masa dan tenaga mengejar “cinta” yang didambakan. Mudah bersikap
seperti orang yg dungu.
3)
Menghabiskan banyak wang semata-mata untuk memuaskan perasaan diri &
pasangannya itu.
4)
Seseorang menjadi bermuka-muka sekiranya mencintai kekasihnya melebihi cintanya
kepada kedua ibubapanya. Cinta halal lagi berpahala tidak dikejar, cinta haram
membawa dosa dituruti semahu-mahunya.
5)
Tiada nas Al-Quran & Hadis yang membenarkan percintaan ini. Yang ada
hanyalah percintaan selepas pernikahan.
6)
“Cinta yang sukar…” seperti mana kata-kata Ustaz Hasrizal. Sukarnya mengemudi
cinta ini dari terjerumus ke lembah zina. (Zina Mata, Zina Hati & Zina
Tangan)
7)
Kurang keberkatan Allah. Boleh juga dikatakan tiada keberkatan. Buktinya
lihatlah perbezaan percintaan datuk nenek kita yang bahagia dengan jodoh pilihan
keluarga berbanding percintaan artis yang sering bercerai-berai.
(*Tidak
bersifat mutlak kerana semuanya ditangan Allah.*)
8)
Wajib bertaubat sekiranya pernah keluar berdua-duaan. Haram hukumnya di sisi
Islam.
9)
Jika tidak mampu bertahan 2,3 tahun bagi menunggu cinta yang halal menerusi
pernikahan, cuba bayangkan bagaimana dengan 20, 30 tahun selepas itu ?
10)
Pastikah kita menyerahkan cinta benar-benar pada yang berhak ? Pastikah
dia jodoh kita yang tertulis di Luh Mahfuz?
11)
Couple bukan satu pilihan untuk berkahwin. Hatta Rasulullah dipinang
menggunakan orang tengah. Keluarga dan org yang alim merupakan pilihan org
tengah yang paling sesuai.
Sayang, maafkan lah dosa abang selama ini. Cinta ini
bukanlah cinta yang asli namun percayalah abang benar-benar telah menginsafi
kejahilan dahulu. Abang telah meluahkan suatu bebanan yang benar-benar
mencengkam diri ini selama ini. Abang harap sayang redha dan tetap menerima abang seadanya selepas
ini. Cinta ini tidak akan diduakan dengan sesiapa pun lagi. Sayanglah pemilik
cinta abang selepas Allah, Rasul dan kedua ibubapa abang.”
..
Isteri
: Abang, Allah telah menetapkan jodoh kita bersama. Perkara yang lepas itu
biarlah berlalu. Abang pun kini telah berubah. Semoga zuriat yang bakal lahir
ini dapat menteladani kisah abang ini sebagai satu panduan mengharungi kehidupan ini. InsyaALLAH.
Pegangan hidup yg sayang pegang selama ini ialah “mulia manusia kerana Islam,
hina manusia tinggal Islam…”
“ Kalau suka,
jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak
bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata?
Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita
di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.”
(Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah
dan Rasul)
Jika Zulaikha mampu
menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati, dimana akhirnya
berubah dari seorang penggoda kepada HambaNya. Mengapa “Yusuf” di zaman
kini tidak mampu menunggu kehadiran “Zulaikha” yang setia memelihara diri ke
dalam hidupnya ?
. RUJUKAN
1.
Kompas Cinta, A. Ubaidillah
Alias
2.
Pemilik Cintaku Setelah
Allah dan Rasul, Fatimah Syarha Mohd Noordin
3.
Edisi Istimewa Aku
Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil
4.
Ceramah-ceramah Ustaz
Azhar Idrus di Youtube
.
>> Ya Allah, aku mendambakan
seorang muslim yang soleh yang sah. Namun solehahkah aku untuk itu
? Bimbinglah hambamu yang lemah ini Ya Allah <<
No comments:
Post a Comment