Assalamualaikum kawan2........haa,cakap tentang buat pilihan nii tak senang duduk kan??kadang2 sakit perut memikir,hik3...haaa,tak payah susah hati tau,Allah dah pilih pun siapa yg terbaik untuk kita....so,jangan terburu-buru ehh.......jom sama2 kita baca...ika pon takut,tapi percayalah semuanya Allah dah aturkan... (^.^)
Dalam berkawan takde
istilah memilih. Kamu sayang aku apa, aku sayang kamu apa. Tidak ada istilah
itu. Kawan adalah kawan yang berhak atas kebaikan kita. Beri yang terbaik, maka
kita akan dapat yang terbaik daripadanya. Apa lagi untuk urusan jatuh cinta.
Bijak dalam memilih orang yang harus kita cintai bukan bererti perlu banyak
untuk memilih atau mempertimbangkan aspek harta benda, miskin kaya, pangkat
atau melarat dan lain sebagainya,
Bukan seperti itu yang
dimaksudkan. Yang dimaksudkan adalah kita perlu bijak memilih dalam
membezakan apakah cinta yang kita semai dalam kategori halal atau haram?
Hidup adalah pilihan.
Maka pandai – pandailah memilih. Memilih cinta untuk ditekuni, memilih hati
untuk direngkuh dan memilih kebersamaan yang melahirkan kesempatan berbagai.
Bila memang cinta itu dilarang bagi kita, maka lebih baik tinggalkan dan pilih
yang benar. Meskipun ia pernah ada, tetapi ia tidak selalu harus bersama kita.
Sekarang memang bukan
zaman Siti Nurbaya. Sekarang zaman muslimah moden yang faham bagaimana menjadi
seseorang yang bijak dalam menyingkap segala irama hidup. Jangan mudah dibuai
oleh rayuan maut lelaki yang suka menipu. Bijaklah dalam mengelolakan cinta,
letakkan cinta pada tempatnya.
Mencintai lelaki sehebat
apa pun dia, mencintai perempuan secantik apa pun dia, harus tetap terkawal.
Jangan sampai menggelapkan mata hati. Harus bijak, matang dan dewasa. Ketika
dilimpahi hadiah, maka jangan berfikir itu sebagai sebuah barang percuma kerana
tiada yang percuma di dunia ini, dan kepentingan peribadi yang diselitkan di
celah kad dan hadiah yang kita terima.
kalau kita tidak sensitif dan menganggap itu
sebagai sesuatu yang biasa, maka berhati-hatilah kerana boleh jadi itu adalah
tanda awal masuknya hati ke dalam perangkap.
.
Memilih
untuk Menerima
Terimalah orang yang
memang sudah dipilihkan Allah untuk kita, Terima apa yang menjadi
kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.
Nikmatilah setiap proses
mengenal peribadi, mengukuhkan setiap persamaan dan mencari titik temu dalam
setiap perbezaan. Manusia bukan batu keras dan susah berubah. Manusia boleh
berubah sesuai dengan proses yang membentuknya untuk berubah.Berilah kesempatan
bagi orang yang kita terima untuk menyesuaikan diri. Jangan cepat bosan atau
cepat menilai bahawa proses itu gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa
proses ini memerlukan kesabaran.
.
Memilih
Untuk Menolak
Kuasa memilih memang
ditangan pihak lelaki. Tetapi kuasa menolak adalah berada ditangan perempuan,
Maka tolaklah dengan sopan, tidak kasar, dan lembut. Berilah alasan yang tidak
mengusutkan tetapi mudah diterima oleh akal sihat. Sikap tegas adalah berbeza
dengan dengan sikap kasar. Tegas tidak harus kasar.
Jika tidak, kita akan
dianggap main-main dan tentunya lebih parah. Tetapi apabila kita menolak dengan
tegas, si dia akan segera sedar bahawa dia tidak perlu lagi untuk terhegeh –
hegeh.
.
Nota Rujukan:
- Kerana Cinta Harus
Memilih ( Ust. Burhan Sodiq )
Takpe terpaksa lepaskan kebahagiaan sekarang,sebab yang Allah hadiahkan lagi SWEET tau......moga2 kita dapat yg terbaik.amin......
1 comment:
maksu,ni link blog dena tu :
http://denakamarulbahrin.blogspot.com/
Post a Comment