Assalamualaikum....
hari ini,ika nak kongsikan tentang salah satu kandungan dalam program 1CITIZEN iaitu dalam Modul 7....Enjoy it =)
Definisi e-Penjagaan : mengenai kebaikan fizikal dan psikologi dalam dunia digital.
Menerapkan Ergonomik dalam Kehidupan KITA
- Bagi memenuhi dua matlamat iaitu kesihatan & produktiviti.
- Reka bentuk ergonomik yang betul penting untuk mencegah kecederaan 7 ketegangan yang berulang yang membawa kesan negatif seperti (hilang upaya jangka masa panjang).
- Laraskan ketinggian permukaan tempat kerja/meja.
- Guna kerusi yang direka untuk menyokong belakang dan boleh dilaraskan/dicondongkan.
- Tetapkan kedudukan papan kekunci dengan baik supaya selari dengan tangan.
- Laraskan tempat duduk supaya mata berada pada tahap selesa dengan skrin.
- Letakkan pemegang dokumen dekat dengan skrin komputer untuk membantu kurangkan pergerakan kepala.
- Jangan duduk dalam keadaan kejang/kaku.Ubah postur badan secara kerap.
- Rehat secara kerap (tidak lama,tetapi kerap)
- Pastikan sumber cahaya cukup cerah untuk lakukan kerja yang menggunakan komputer.
- Lepaskan tetikus secara kerap,agar pergelangan tangan tidak menghadapi tekanan.
Kecederaan Tekanan Berulang (RSI)
- Dikenali sebagai Repetitive Stress Injuries berlaku akibat penggunaan tangan secara berterusan yang menyebabkan sakit,rasaterbakar,bengkak,sesemut,rasa kebas,hilang ketangkasan dan rasa lemah.
- Nama lain seperti Sindrom Kerja Berlebihan (OOS) ,Gangguan Trauma Kumulatif (CTD) dan Sindrom Gerakan Berulang (RMS).
Sakit Belakang
- Berlaku apabila duduk di atas kerusi dalam tempoh masa yang lama dan menyebabkan sakit belakang/leher bertambah serius.
- Postur badan yang statik meningkatkan tekanan terhadap belakang,leher,bahu,lengan,kaki,otot belakang dan cakera belakang.
Keletihan Mata
- Mata menjadi letih apabila bekerja di tempat gelap,silau/skrin berkelip.
Gangguan Rangka Otot (MSD)
- Agensi Keselamatan & Kesihatan di Tempat Kerja Eropah mentakrifkannya sebagai kecacatan struktur badan iaitu otot,sendi,ligamen,saraf,tulang & sistem peredaran darah setempat menjadi lebih teruk akibat kerja/persekitaran.
Masalah Sosial yang Berkaitan dengan Penggunaan Komputer & Internet
Antara masalahnya adalah
- Terdedah kepada pemangsa dalam talian.
- Ketagihan pornografi.
- Mengabaikan keluarga dan kawan.
- Gangguan tidur.
- Membeli-belah dan berjudi dalam talian secara kompulsif.
- Ketagihan permainan dalam talian.
Mengitar Semula dan Melupuskan Peralatan Komputer dengan Betul.
Menggunakan hanya bila perlu
- Beli monitor yang tidak banyak menggunakan kuasa elektrik apabila tidak aktif.Jika anda meninggalkan komputer untuk suatu tempoh,matikannya bukan dibiarkan dalam tunggu sedia.
Menderma
- Dermakan komputer kepada sesiapa yang boleh memanfaatkannya seperti badan amal.Jangan lupa musnahkan cakera keras secara fizikal,supaya kandungan sulit tidak diceroboh.
Mengitar Semula
- Kitar semula komputer lama/ kartrij dakwat / toner pencetak.
- Jika komputer rosak selepas dibaiki /tidak sesuai digunakan,bawa komputer ke pusat kitar semula berhampiran.Jika boleh,hantar terus ke bahagian kitarr semula komputer.
Pengajaran dan Iktibar
" Menjaga diri anda semasa bekerja dan bermain dlam dunia digital adalah sama penting seperti di dunia nyata. Pastikan anda mengambil langkah yang terbaik supaya anda dapat menikmati pengalaman dalam dunia digital dengan lebih baik"
Pesanan ini ikhlas dibawa oleh : Buku Rujukan 1CITIZEN..
Semoga berjumpa lagi di lain diari ika...... Wassalam