floating button



Belum Berpunya ?

Belum berpunya. Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.



Masih belum berpunya?

Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.
Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.
Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive :)
#Notetomyself

Friendship L.O.V.E


assalamualaikum w.b.t

rindu nye kat kawan2....... even yg dekat,apatah lagi yg jauh.... yg dekat di sisi of

course kawan kt satu form6 dgn ika (farah,ain,irah,hawe,mira - ramai lagi lah,kang tak

cukup page klau ika list) hihi... yang jauh dekat di hati pulak of course amni ,jauh kat

Egypt tu,anis kat kuantan.... so,for today ika nak share knangan2 same2 dgn mereka2

yg saya sayang..... sayang weh kat kawan2... susah sama susah,senang lagi lah

bersenang lenang sama2... hikhik... 






                             ika & farah (baru lepas kem 1Citezen: kami budak sekolah lgi) =)




                          mira,ika,irah&farah (kami jejalan,makan2 kat pasar
                          padang tengku) rrrr,kenyang alhamdulillah.... =)


bye ^_^ assalamualaikum



Modul 7 : e-Penjagaan


Assalamualaikum....
hari ini,ika nak kongsikan tentang salah satu kandungan dalam program 1CITIZEN iaitu dalam Modul 7....Enjoy it =)






Definisi e-Penjagaan : mengenai kebaikan fizikal dan psikologi dalam dunia digital.

     Menerapkan Ergonomik dalam Kehidupan KITA
  • Bagi memenuhi dua matlamat iaitu kesihatan & produktiviti.
  • Reka bentuk ergonomik yang betul penting untuk mencegah kecederaan 7 ketegangan yang berulang yang membawa kesan negatif seperti (hilang upaya jangka masa panjang). 




       Cara untuk menerapkan ergonomik:
  1. Laraskan ketinggian permukaan tempat kerja/meja.
  2. Guna kerusi yang direka untuk menyokong belakang dan boleh dilaraskan/dicondongkan.
  3. Tetapkan kedudukan papan kekunci dengan baik supaya selari dengan tangan.
  4. Laraskan tempat duduk supaya mata berada pada tahap selesa dengan skrin.
  5. Letakkan pemegang dokumen dekat dengan skrin komputer untuk membantu kurangkan pergerakan kepala.
  6. Jangan duduk dalam keadaan kejang/kaku.Ubah postur badan secara kerap.
  7. Rehat secara kerap (tidak lama,tetapi kerap)
  8. Pastikan sumber cahaya cukup cerah untuk lakukan kerja yang menggunakan komputer.
  9. Lepaskan tetikus secara kerap,agar pergelangan tangan tidak menghadapi     tekanan. 


 
 
Mengenal Pasti Penggunaan Komputer yang Menjejaskan Kesihatan Fizikal.

      Kecederaan Tekanan Berulang (RSI)

  • Dikenali sebagai Repetitive Stress Injuries berlaku akibat penggunaan tangan secara berterusan yang menyebabkan sakit,rasaterbakar,bengkak,sesemut,rasa kebas,hilang ketangkasan dan rasa lemah.
  • Nama lain seperti Sindrom Kerja Berlebihan (OOS) ,Gangguan Trauma Kumulatif (CTD) dan Sindrom Gerakan Berulang (RMS).






      Sakit Belakang

  • Berlaku apabila duduk di atas kerusi dalam tempoh masa yang lama dan menyebabkan sakit belakang/leher bertambah serius.
  • Postur badan yang statik meningkatkan tekanan terhadap belakang,leher,bahu,lengan,kaki,otot belakang dan cakera belakang.



      Keletihan Mata

  • Mata menjadi letih apabila bekerja di tempat gelap,silau/skrin berkelip.



    Gangguan Rangka Otot (MSD)
  • Agensi Keselamatan & Kesihatan di Tempat Kerja Eropah mentakrifkannya sebagai kecacatan struktur badan iaitu otot,sendi,ligamen,saraf,tulang & sistem peredaran darah setempat menjadi lebih teruk akibat kerja/persekitaran.

 Masalah Sosial yang Berkaitan dengan Penggunaan Komputer & Internet

       Antara masalahnya adalah
  • Terdedah kepada pemangsa dalam talian.
  • Ketagihan pornografi.
  • Mengabaikan keluarga dan kawan.
  • Gangguan tidur.
  • Membeli-belah dan berjudi dalam talian secara kompulsif.
  • Ketagihan permainan dalam talian.




      Mengitar Semula dan Melupuskan Peralatan Komputer dengan Betul.

       
     Menggunakan hanya bila perlu
  • Beli monitor yang tidak banyak menggunakan kuasa elektrik apabila tidak aktif.Jika anda meninggalkan komputer untuk suatu tempoh,matikannya bukan dibiarkan dalam tunggu sedia.



    Menderma
  • Dermakan komputer kepada sesiapa yang boleh memanfaatkannya seperti badan amal.Jangan lupa musnahkan cakera keras secara fizikal,supaya kandungan sulit tidak diceroboh.

   Mengitar Semula

  • Kitar semula komputer lama/ kartrij dakwat / toner pencetak.
  • Jika komputer rosak selepas dibaiki /tidak sesuai digunakan,bawa komputer ke pusat kitar semula berhampiran.Jika boleh,hantar terus ke bahagian kitarr semula komputer.




Pengajaran dan Iktibar

" Menjaga diri anda semasa bekerja dan bermain dlam dunia digital adalah sama penting seperti di dunia nyata. Pastikan anda mengambil langkah yang terbaik supaya anda dapat menikmati pengalaman dalam dunia digital dengan lebih baik"


Pesanan ini ikhlas dibawa oleh : Buku Rujukan 1CITIZEN..



Semoga berjumpa lagi di lain diari ika...... Wassalam